Tiada sekatan rentas negeri, orang ramai boleh balik kampung sambut raya korban

0

Tiada sekatan perjalanan balik kampung sempena Aidiladha seperti yang diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Negara hari ini.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sambutan Hari Raya Aidiladha dan aktiviti ibadah korban dibenarkan tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Jelas beliau waktu ibadah korban di masjid dan surau hanya boleh diadakan empat hari termasuk hari pertama Hari Raya Aidiladha dan tiga hari Tasyrik.

“Mengenai SOP ibadah korban kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Walau bagaimanapun, kita mengalakkan agar proses ibadah korban itu dilakukan di pusat penyembelihan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau pusat penyembelihan swasta yang berlesen.

“Hanya 20 orang sahaja dibenarkan bagi seekor haiwan yang dikorbankan dan jamuan makan di tapak korban tidak dibenarkan kecuali makanan yang siap dibungkus untuk dibawa pulang,” kata beliau.

𝐏𝐊𝐏𝐏 : π’πŽπ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ 𝐃𝐀𝐍 πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€πIsmail Sabri YaakobKementerian Pertahanan MalaysiaJabatan Perdana MenteriJAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 27 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply