Tiada kompromi terhadap penyebar maklumat palsu, berita berunsur hasutan

0

Penyebaran maklumat palsu dan berita berunsur hasutan semakin berleluasa sehingga mewujudkan suasana tidak tenteram khususnya apabila berita yang bertebaran menyentuh isu-isu sensitif di kalangan masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata berdasarkan statistik terdapat trend peningkatan kes pada tahun 2018 dan 2019 yang melibatkan kesalahan menghasut terhadap Institusi Diraja, kaum, agama, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang dilindungi oleh Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Sepanjang tahun 2017, sebanyak sembilan kertas siasatan melibatkan kesalahan menghasut telah dibuka, manakala 31 kertas siasatan pula dibuka pada tahun 2018 dan 78 kertas siasatan lagi pada tahun 2019.

KENYATAAN MEDIA MENTERI KEMENTERIAN DALAM NEGERI – Langkah Kementerian Dalam Negeri Bagi Membendung Penyebaran Maklumat Palsu Dan Berita Berunsur Hasutan.

Dikirim oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Kamis, 14 Mei 2020

Jumlah kes yang disiasat ini jelas menunjukkan peningkatan yang ketara pada setiap tahun.

“Terkini, sehingga 11 Mei lalu sebanyak 262 kertas siasatan telah dibuka oleh pihak berkuasa berkaitan penyebaran berita palsu berbaur hasutan yang menimbulkan keresahan rakyat.

” Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius perkara ini kerana ianya boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, KDN tidak akan teragak-agak mengambil tindakan menggunakan segala peruntukan perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 termasuk Akta Hasutan 1948.

KDN juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak dengan sengaja cuba mencetuskan provokasi atau mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Semua pihak dinasihatkan agar tidak mengeluarkan atau menyebarkan maklumat palsu atau berita berunsur hasutan bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply