Tiada kompromi lagi!

0

Kira-kira 816 sekatan jalan raya telah dilaksanakan di seluruh negara semalam, dan pemeriksaan telah pun dilakukan terhadap 585,250 kenderaan.

Ianya jelas menunjukkan masih banyak lagi kenderaan di atas jalan raya dan masih ramai orang awam yang berada di luar malah melebihi dari hari sebelumnya.

Sejumlah 5,478 pemeriksaan mengejut telah dilakukan di seluruh negara melibatkan 4,788 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Pihak PDRM juga telah menahan seramai 1,565 individu berbanding dengan 1,057 pada hari sebelumnya dan ianya menunjukkan semakin ramai yang ditangkap ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Pihak berkuasa juga menegaskan mereka tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mereka.

Daripada 1,565 individu yang ditangkap, 1,381 individu telah pun direman dan 184 individu diberi jaminan polis.

Seramai 544 orang individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan ini, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam (17 April 2020) adalah seramai 13,639 individu.

Orang ramai diingatkan dalam tempoh fasa ketiga PKP, tindakan lebih tegas akan diambil.

Bagi yang berura-ura mahu pulang ke kampung halaman, ditegaskan bahawa pihak polis akan menambah sekatan jalan raya sama ada dalam ibu negara atau di mana sahaja bagi memastikan kawalan dapat dipertingkatkan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply