Tiada caj kuarantin untuk golongan OKU

0

Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan telah dikuarantin wajib akan dikenakan caj 50 peratus daripada jumlah sebenar bayaran hotel.

Dengan ini, rakyat akan dicaj sebanyak RM75 daripada jumlah bayaran hotel yang bernilai RM150, manakala baki selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan.

Selain itu, mesyuarat jemaah menteri juga telah bersetuju mengecualikan bayaran ini kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menjalani kuarantin.

Manakala, bagi peserta Malaysia My Second Home diwajibkan untuk menanggung sepenuhnya bayaran kuarantin wajib hotel-hotel yang telah ditetapkan.

KERAJAAN MEMUTUSKAN TIADA CAJ KUARANTIN UNTUK GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 21 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply