Tiada alami simptom, Emma Maembong dan suami positif COVID-19

0

Pelakon berdarah kacukan Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 29, disahkan positif COVID-19.

Menerusi muatnaik video berdurasi 41 saat di platform media sosial Instagram peribadinya, Emma mempertontonkan dirinya sedang menjalani ujian calitan (swab test) di kediamannya.

“Saya tiada apa-apa simptom, namun keputusan ujian calitan disahkan positif.

“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” nasihat Emma buat pengikutnya.

Emma dalam pada itu berkongsi pengalaman melakukan ujian calitan di rumah sendiri bersama @kumpulan_megaklinik_zahran.

“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan,” puji ibu kepada seorang anak ini.

Terdahulu, suaminya, Shazli Azhar telah disahkan positif COVID-19.

Mereka akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari bermula hari ini.

Walau bagaimanapun, Emma memaklumkan bayinya, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan negatif virus terbabit selepas menjalani ujian calitan.

Rata-rata warganet termasuklah rakan artis mendoakan Emma dan suami agar segera sembuh dan dipermudahkan urusan kuarantin.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply