TH tamatkan operasi dan perkhidmatan hospitaliti empat rangkaian hotelnya

1

Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan penamatan operasi dan perkhidmatan hospitaliti melibatkan empat rangkaian hotel yang sebelum ini berada di bawah pengurusan Kumpulannya.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutifnya (memangku), Zulkefli Ahmad penamatan itu melibatkan Hotel TH di Kelana Jaya, Alor Setar, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang berkuatkuasa pada 1 April ini.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan TH.

Kesemuanya sebelum ini dikendalikan oleh TH Hotel & Residence Sdn Bhd.

Keputusan itu tidak dapat dielakkan kerana semua operasi dan pengurusan hotel akan diambilalih oleh syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply