Tetap bertugas walau apa jua keadaan, Terima Kasih Tuan!

0

Demi tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertugas tidak kira waktu, walau apa jua keadaan.

Tiada pihak yang boleh menyangkal tugas perit dan tanggungjawab besar mereka terhadap masyarakat mahupun negara.

Perkongsian dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysian Police) yang berkongsi video yang sempat dirakam oleh wartawan theSundaily, Saudara Ashraf Shamsul yang memaparkan kegigihan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas.

Video berkenaan memperlihatkan sekumpulan anggota PDRM yang dilaporkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya tetap menjalani tugas untuk terus cekal meskipun terpaksa berdepan dengan cuaca buruk bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi oleh masyarakat

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/3089908621019424/?sfnsn=mo&d=n&vh=e

Menurut perkongsian berkenaan, video terbabit diambil ketika sekatan jalan raya dalam keadaan hujan lebat dan ribut di kawasan Putrajaya petang semalam.

Harapan pihak berkuasa hanyalah agar anda semua mematuhi perintah yang dikeluarkan dan duduklah di rumah serta amalkan kebersihan diri secara optimum.

Doakan juga agar para petugas yang sedang berjuang di lapangan masing-masing yang menjadi “frontliners” diberi ketabahan dan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.

Kami dari The Malaya Post hanya mampu titipkan doa dari kejauhan.

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada masyarakat umum. Usahlah berdegil dan ketepikan ego masing-masing.

Patuhi arahan yang ditetapkan tanpa pertikaian.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Jika ada yang masih berdegil dan mempertikai kerja serta tanggungjawab pihak berkuasa, boleh digelar mereka itu “kurang waras yang berpanjangan”.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply