Tesco kini dikenali sebagai Lotus Store

0

Tesco Malaysia mengumumkan penjenamaan baharu kepada Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd yang nyata mengejutkan orang ramai khususnya pelanggan tetap Tesco Malaysia.

Melalui perkongsian Facebook rasmi Tesco Malaysia menyatakan peralihan terbabit telah berlaku pada Disember tahun lalu.

Pengambilalihan operasi Tesco Malaysia terbabit merangkumi 8,600 tenaga kerja dan 62 rangkaian di Semenanjung Malaysia.

Untuk rekod, Lotus Malaysia adalah sebuah konglomerat multinasional yang meliputi pelbagai industri ekonomi dan memulakan penglibatan pada sektor pertanian sehinggalah sektor perkhidmatan.

Setakat ini, entiti berkenaan memiliki pelaburan pada 21 buah negara dan pasaran ekonomi.

Berdasarkan sasaran, peralihan secara menyeluruh ini akan dapat dilakukan sehingga akhir tahun ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply