Teruskan program rutin tahunan, Menteri Hal Ehwal Agama kunjungi Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh

0

Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melakukan kunjungan ke Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh kelmarin.

“Saban tahun, Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh adalah destinasi kunjungan kami setiap kali Ramadhan. Entah kenapa hati ini tertaut kepada dua tirai besi ini sejak dahulu”, ujar beliau.

Menurut beliau, melihat akan wajah-wajah bersih Banduan Akhir (BA), pastinya akan menerbitkan rasa keinsafan dan kesyahduan yang amat mendalam kerana mereka di dalam sana tidak sibuk memikirkan apa-apa urusan melainkan persediaan untuk menuju kematian.

"TUAN-TUAN DOAKAN SAYA JADI MENTERI YANG BUAT KERJA KERANA ALLAH, YA? DOAKAN MOGA-MOGA KITA BERTEMU DI SYURGA NANTI…"…

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Senin, 04 Mei 2020

“Saya amat cemburu dengan masa lapang mereka yang sangat luas untuk beribadah”, katanya.

Menurut beliau lagi, tahun ini tiada Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan seperti tahun-tahun sebelumnya dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu dipatuhi.

Namun, mereka dapat juga menguruskan juadah berbuka puasa KFC dan Pizza Hut buat insan-insan istimewa dibawah tajaan QSR Brands.

“Masih teringat titisan air mata BA sambil memuji-muji Allah apabila menjamah suapan pertama Nasi Arab Kambing pada Majlis Berbuka Puasa tahun lalu.

“Entah berapa lamanya mereka tidak menikmati makanan seenak begitu. Apa salahnya setahun sekali kita gembirakan mereka.

“Saya katakan kepada mereka, “Tuan-tuan doakan saya jadi menteri yang buat kerja kerana Allah, ya? Doakan moga-moga kita bertemu di syurga nanti…”. Pesanan saya disambut dengan gemaan “Aamiiinnn…” oleh para BA”, kongsi beliau.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dato’ Seri Zulkifli Omar, Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim bin Ma Hassan, Pengarah Penjara Sungai Buloh , Rosoman Abu Bakar atas kerjasama dan sambutan.

Beliau juga berterima kasih kepada NGO MyFundAction yang turut serta menyampaikan sumbangan kepada BA dan juga kepada semua BA kerana sekali lagi telah memaknakan Ramadhan beliau pada tahun ini.

Leave a Reply