Terlebih kreatif, topeng snorkeling dijadikan perisai tumbuk sambal belacan pun boleh!

0

Pada musim perayaan begini, menu hidangan sudah tentu menjadi perkara utama yang menjadi perhatian.

Tambahan pula, kita masih dalam tempoh pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Asyik masuk keluar dapur sahaja kerjanya.

Memandangkan sekolah belum dibuka, sebilangan anak-anak yang ringan tulang turut membantu ibu bapa di dapur.

Perkongsian di platform media sosial mempertontonkan seorang kanak-kanak lelaki sedang membantu menumbuk sambal menggunakan lesung batu.

Apa yang menarik perhatian ialah perisai yang digunakan untuk mengelak dari terkena percikan cili, memang ‘rare’ dan kreatif.

Hahaha! Bagus juga kan dik, dari dibiarkan alatan pernafasan snorkeling berabuk tak digunakan, boleh disuaipadan dan diguna mengikut keadaan semasa.

Jangan lupa minta upah duit raya lebih ya! 🥽

https://www.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1006079629849910/

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply