TERKINI : Zuraida bakal tubuh parti baharu?

0

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dikhabarkan bakal menubuhkan sebuah parti politik baharu dalam waktu terdekat.

Menurut sumber The Malaya Post, perkara itu dikatakan telah dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat sejak dua bulan lalu.

The Malaya Post sedang mendapatkan reaksi lanjut Datuk Zuraida berkenaan dakwaan ini.

Untuk rekod Datuk Zuraida Kamarudin adalah bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, dan kini adalah Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah keluar PKR pada Mac 2020.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply