Terkini : Penentang Sissi terselamat dari cubaan bunuh

0

Pencetus penunjuk perasaan anti Presiden Abdel Fattah Al Sisi muncul di laman Facebook dan mengesahkan dirinya terselamat dalam percubaan bunuh yang didakwanya didalangi kerajaan Mesir.

Bekas pelakon dan ahli perniagaan Mesir, Mohamed Ali didakwa berkata, arahan bunuh ke atasnya dirancang dan diarah presiden itu sendiri.

Prev 1 of 1 Next
Prev 1 of 1 Next

Video berkenaan kemudian dimuatnaik dan dikongsi di YouTube.

Dia yang kini bersembunyi di Sepanyol dulunya pernah menjadi rakan baik namun hubungan itu punah selepas beliau menuduh Presiden Sissi menggelapkan berjuta-juta dana awam untuk membina istana presiden dan beberapa villa mewah.

Sejak awal September, kritikannya menjadi semakin panas selepas beliau memuatnaik belbagai video yang mengkritik kerajaan di YouTube dan kemudian menjadi tular sehingga mencetuskan bantahan terbuka.

Dalam seruannya kepada orang ramai beliau meminta mereka meneruskan tunjuk perasaan dan sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain bagi mengelak menjadi sasaran.

Bagi sebahagian rakyat Mesir, siaran yang dikongsi Ali lebih baik dari Netflix.

Menurut Al Jazeera, sehingga Rabu lebih 1,100 penunjuk perasaan telah ditahan termasuk beberapa mereka yang berprofil tinggi.

 

Leave a Reply