TERKINI!! Parti NEGARA batal permohonan tubuh parti

0

 

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Penaja Parti NEGARA yang diketuai oleh Dato’ Mohamad Ezam Nor pada hari ini telah membatalkan permohonan untuk menubuhkan sebuah parti politik.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Penaja Parti NEGARA, Abdul Ghani Haroon.

KENYATAAN MEDIA

Keperluan menyatu dan memperkukuh aliran dan pendekatan sederhana bagi negara ini.

Pengerusi Penaja Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan ahli JK Penaja Parti NEGARA telah mengadakan pertemuan hari ini dan telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut :

1.Menyedari suasana yang tidak sihat dan merbahaya didalam negara hari ini khususnya didalam pendekatan beberapa kelompok dan parti-parti politik yang bersifat melampau dan ekstrem dalam menangani hidup bernegara.

2.Semangat kesatuan dalam bernegara yang terhakis dan sengaja dihakiskan terutama melalui media sosial dan kemungkinan besar mempunyai motif politik golongan tertentu khususnya yang terdesak dengan jenayah rasuah, mencuri harta negara dan jenayah lain.

3.Agenda melawan rasuah dan kecurian harta negara yang semakin dipinggirkan dengan penonjolan secara melampau isu2 agama dan bangsa yang sensitif dan tentunya mengundang keresahan dan perhatian rakyat dan menyebabkan rakyat meminggirkan persoalan lebih utama.

4.Keperluan untuk menggarap dan menyatu dan memperkukuhkan semua elemen masyarakat termasuk NGOs dan parti-parti politik yang bersifat sederhana,berbilang kaum dan menjunjung tinggi nilai negara dan rukunegara.

5.Maka atas dasar itu JK Penaja Parti NEGARA memutuskan untuk TIDAK meneruskan usaha menubuhkan Parti NEGARA bagi menumpukan segenap usaha membantu dan memperkukuh organisasi sederhana sediaada samada NGO dan parti politik didalam menghadapi suasana negara yang amat tidak sihat dan merbahaya ini.

6.Ianya suatu keputusan sukar bagi kami kerana proses pendaftaran parti NEGARA sudah diperingkat akhir dan ikhitiar ini telah lama kami fikir dan lakukan.Tetapi lebih sukar dan kritikal adalah keadaan negara hari ini dan ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh, serius dan jujur untuk mempastikan aliran dan perdekatan sederhana yang selama ini mendasari pembentukan dan kelangsungan negara ini dipertahankan dan tidak dirosak dan dimusnahkan oleh kelompok-kelompok yang memainkan agenda sempit agama dan kaum secara melampau.

7.Saudara Ezam akan menyatakan secara khusus halatuju dan tindakan kami selanjutnya insha Allah dalam waktu terdekat pada bulan Muharam/ Sept nanti.Ianya tetap akan berpaksikan kepada cita-cita perjuangan menjadikan negara anti rasuah,melawan perasuah besar dan pencuri harta negara disamping membantu NGOs dan parti-parti politik lain memperkukuh faham dan aliran serta perdekatan sederhana yang harus terus menjadi asas negara ini sesuai semangat bapa2 pengasas negara ini.

Salam Merdeka, Salam Perjuangan.

Abdul Ghani Haroon
Setiausaha Agung (penaja)
Parti NEGARA.

26 Ogos 2019, 25 Zulhijjah 1440H.

Leave a Reply