TERKINI : Muhammed Yusoff Rawther dipanggil semula ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan lanjut

0

Bekas pegawai penyelidik di pejabat Presiden PKR Muhammed Yusoff Rawther dipanggil semula ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan lanjut berikutan kenyataannya semalam.

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, kenyataan Muhammed Yusoff Rawther hari ini diambil bermula jam 12.30 malam dan berakhir pada pukul 3 petang serta akan terus memberi kerjasama sehingga penyiasatan kes selesai.

“Yusoff Rawther telah meninggalkan Bukit Aman kira-kira jam 3 petang.

“Sekali lagi, seperti semalam Yusoff Rawther bekerjasama dengan pihak polis sepenuhnya, dan jika diperlukan, akan berbuat demikian dan memberi pernyataan lanjut dari semasa ke semasa seperti yang diminta oleh polis untuk memastikan penyelidikan lengkap dan teliti dilakukan atas laporannya,” tambahnya ketika dihubungi The Malaya Post.

Leave a Reply