Terkini : Mayat Pitt Hanif berjaya ditemui, Seniwati Fauziah Nawi kongsi kesedihan

0

LIPIS : Anak Seniwati Fauziah Nawi, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif disahkan meninggal dunia selepas pihak berkuasa berjaya menemui mayat mangsa terapung kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang pada jam 4.25 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata demikian dalam satu kenyataan petang tadi.

Allahyarham Pitt Hanif yang juga seorang pengarah filem dan drama ditemui lemas ketika misi menyelamat yang dilancarkan pada subuh pagi hari ini.

Berita sedih ini juga turut dikongsi ibunya Fauziah Nawi di facebook peribadinya.

Terdahulu, melalui perkongsian isteri Allahyarham Pitt Hanif, Farah Ahmad di laman Instagram, ketiga-tiga anak perempuannya memakai pakaian dan topi bapanya, setia menunggu perkhabaran dan keajaiban berlaku.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham Pitt Hanif tabah menempuhi dugaan besar ini.

Al-Fatihah dari The Malaya Post.

Leave a Reply