Terima Kasih Wira Berbaju Putih dan Biru

0

Selepas 68 hari negara dilanda wabak COVID-19 sejak kes pertama pada 25 Januari lalu, petugas kesihatan adalah antara barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan barisan hadapan yang penuh dedikasi serta keikhlasan yang ditunjukkan “wira berbaju putih dan biru” dalam menghadapi pandemik luar biasa yang melanda negara bahkan dunia.

Tekad yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua petugas kesihatan dari sektor awam serta swasta dan berusaha sedaya upaya untuk menangani penularan COVID-19 di dalam negara.

Pengorbanan semua wira berbaju putih dan biru hanyalah dicurahkan untuk negara walaupun terpaksa meninggalkan orang tersayang di rumah demi tanggungjawab.

Terima kasih “Wira Berbaju Putih dan Biru”. Segala jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai.

DEDIKASI PETUGAS KESIHATAN PERANGI COVID19Terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus-lumus tidak kira…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 31 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply