Terima kasih Bonnie Bunyau Gustin – PM

0

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

“Terima kasih Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat emas bagi acara angkat berat lelaki.

“Anda kebanggaan kami apabila lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumi Jepun,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply