Terengganu wujudkan bazar Ramadan online

0

Ramadan bakal menjengah lagi.
Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan mula menunaikan Rukun Islam ketiga, berpuasa di bulan Ramadan.

Sedikit berbeza sambutannya apabila kerajaan mengumumkan pembatalan anjuran bazar Ramadan di seluruh negara berikutan mematuhi langkah pencegahan COVID-19.

Namun orang ramai tidak perlu panik kerana pihak berwajib menyediakan platform pembelian dalam talian dan pendaftaran untuk Terengganu Bazar Ramadhan Online bakal dibuka bermula 15 April ini.

Pendaftaran untuk Terengganu Bazar Ramadhan Online bakal dibuka bermula 15 April 2020. Kepada semua peniaga di sekitar…

Dikirim oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) pada Senin, 13 April 2020

Oleh itu, semua peniaga di Terengganu boleh memuat turun aplikasi ‘GanuShop’ di Play Store untuk mendaftar.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, aplikasi yang mengandungi elemen peniaga, pembeli, penghantar makanan dan proses pembayaran adalah pengganti kepada penganjuran bazar Ramadan tahun ini.

Nampaknya usaha pihak bertanggungjawab memudahkan lagi proses belian orang ramai di sampuing membantu para peniaga bazar.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply