Terengganu tambah peruntukan RM300,000 setiap DUN

0

Dalam Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Keempat, Menteri Besar Terengganu bersetuju memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM300 ribu kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah ini diambil selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga April yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.

Dalam fasa ini, pihak Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan mengutamakan rakyat yang berpendapatan harian dan tidak tetap.

Golongan yang terjejas punca pencarian atau sumber pendapatan seperti buruh, petani, peneroka, pemandu teksi, pengusaha beca, pekerja harian, peniaga atau penjaja kecil dan seumpamanya layak untuk menerima insentif ini.

Kenyataan MediaMenteri Besar Terengganu Darul ImanCOVID-19 : Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat Berjumlah…

Dikirim oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI pada Rabu, 25 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply