Aksi perlawanan separuh masa kedua dengan mata 2-1 menentang Kelantan telah berjaya membuatkan pasukan tuan rumah, Terengganu FC II meraih kejohanan di saat akhir.
Ini menjadikan Terengganu FC II menang empat perlawanan berturut-turut bagi kempen Liga Premier 2020.
Semalam dapat dilihat kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang di awal perlawanan.
Namun Kelantan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain Felix Chedi pada minit ke-32 di separuh masa pertama.
Walau bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila pemain dari Terengganu FC II iaitu Jordan Mintah berjaya mencipta ruang menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-33.
Di akhir perlawanan, keputusan penuh memihak kepada pasukan tuan rumah apabila Mohd Zuasyraf mencatat jaringan gol di babak kedua permainan.
Terengganu FC II berjaya menjaringkan gol kemenangan 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost