Terengganu bebas coronavirus setakat ini, masyarakat disaran kurangkan aktiviti luar

0

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak dalam satu kenyataan berkata setakat ini Terengganu dilaporkan bebas daripada coronavirus.

Namun bagaimanapun, beliau menyarankan masyarakat memakai penutup muka (face mask) sebagai langkah awal mencegah daripada jangkitan wabak ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati penduduk agar mengurangkan aktiviti luar buat masa ini oleh kerana wabak ini sangat merbahaya dan mudah berjangkit melalui udara, sentuhan, batuk dan selesema.

Penularan wabak ini sememangnya menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, susulan itu beliau meminta penduduk sentiasa berwaspada dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami simptom-simptom 2019-nCoV. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply