Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin mara ke separuh akhir Masters Thailand

0

Pasangan beregu Malaysia, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir Masters Thailand.

Prestasi cemerlang mereka telah menewaskan pilihan ketujuh dari Jepun Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dengan mata 21-5, 21-7 dalam aksi suku akhir.

Pemain beregu profesional negara itu akan bertemu pasangan dari Taiwan, Lee Jhe Huei dan Yang Po Shuan bagi perebutan tiket mara ke final, hari ini.

Terdahulu, selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan mereka sebagai pasangan beregu bagi Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Filipina bulan depan.

Kejohanan di Manila itu turut menjadi pusingan kelayakan ke Piala Thomas/Uber, Mei depan.

Cabaran di Kejohanan Manila, Ee Yi dan Yew Sin akan menentang pasangan nombor satu negara, Aaron China-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply