Tengah syok ‘bahan rakan’ sambil masak, ayam goreng pula jatuh ke lantai, jadi bahan lawak netizen

0

Malang tidak berbau, itulah yang sesuai diungkapkan kepada dua sekawan ini.

“Dah cakap jgn nak menunjuk…….” tulis pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Fahimdnish.

Video berdurasi 0.16 saat itu menunjukkan dia bersama seorang lagi kawannya sedang mengacau kuah untuk masakan ‘Buttermilk Chicken’ mereka.

Dalam perkongsian video berkenaan, kedengaran juga dia mengusik seorang lagi kawannya yang berkemungkinan tiada disitu. “Yad, balik yad?” “Yad, Yad, rugi kau dah balik Yad”.

Namun usikannya itu bertukar tragedi apabila tidak lama kemudian terdengar jeritan mereka berdua kerana pinggan yang berisi ayam goreng yang di angkat satu persatu menggunakan garfu itu telah jatuh bersama ayam yang masih berbaki.

Telatah mereka mendapat komen dan reaksi dari warganet yang terhibur dengan usikan mereka.

Ada juga yang menegur kenapa harus meletakkan ayam berkenaan satu persatu sedangkan mereka boleh meletakkan ayam itu kesemuanya secara serentak.

Untuk meredakan keadaan, tidak lama kemudian dia telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan ‘Ayam Buttermilk’ dihidangkan di dalam kuali bersama nasi. “dun worry buttermilk chickn iz done & selamat di dalam perut”. Tidak ketinggalan, dia juga memuatnaik gambar “Yad” pemuda yang disebut di dalam video berkenaan

Namun, sekali lagi warganet menegur dan mengundang tawa netizen apabila dia menghidangkan makanan yang dimasaknya di dalam kuali.

Sempoi sungguh!

Bila dah masak terus angkat kuali dan makan.

Video masak itu telah mendapat 13,200 tanda suka, lebih 240,000 jumlah tontonan dan juga 20,300 retweet setakat ini.

Leave a Reply