“Cristiano Ronaldo tidak pernah minta saya tukar agama, malah bertanya saya mengenai Islam” – Eksklusif bersama Martunis Ronaldo, mangsa Tsunami Acheh

0

Kisah Martunis, seorang kanak-kanak mangsa tsunami di Aceh, Indonesia pada 26 Disember 2004, yang ditemui selamat selepas hanyut selama 21 hari di lautan mendapat liputan meluas media seluruh dunia ketika itu.

Lebih menggemparkan, Martunis yang ditemui selamat, memakai jersi bola sepak Portugal tertera nama Ronaldo mendapat reaksi balas bintang bola sepak dunia ini.

Bunyinya tampaknya kecil namun ternyata detik itu telah mengubah kehidupan Martunis yang kini menyarung jersi Sporting Lisbon.

Ternyata, usaha pengarang The Malaya Post telah berjaya menjejaki Martunis dan sempat menemubual beliau secara ringkas.

Laporan ini menyingkap kembali kisah 15 tahun lalu, dari bermulanya detik awal pertemuannya bersama bintang bola sepak ternama dunia yang tetap kekal menyarung jersi nombor 7 bersama kelab Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo hingga ke perkembangan terkini Martunis yang kini sedang sibuk berlatih bersama kelab Sporting Lisbon, Portugal.

Ketika di hubungi The Malaya Post, anak kelahiran kampung Tibang, daerah Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia, Martunis, 22 tahun sibuk berlatih bersama Kelab Bola Sepak Sporting Lisbon, Portugal dengan posisi penyerang (Forward).

The Malaya Post : Assamualaikum, terima kasih kerana sudi berinteraksi bersama saya dari The Malaya Post.

Martunis, boleh kongsikan detik pertemuan awal Martunis dan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Martunis : Waalaikumussalam. Terima kasih kembali The Malaya Post ya. Pada 2004 terjadi tragedi tsunami di Aceh. Ketika itu saya (Martunis) memakai jersey Portugal yang bernama Rui Costa. Media-media asing sudah berada di aceh ketika itu. Sampai saat itu berita Martunis sampai ke Portugal dan pemerintahΒ  Portugal meminta jersey saya pakai itu untuk dikirimkan ke negara berkenaan untuk mengesahkan saya Martunis seorang kanak-kanak yang mengalami musibah tsunami yang ketika dijumpai memakai jersi Portugal.

Selanjutnya pada tahun 2005, Cristiano Ronaldo telah mengunjungi Acheh, Indonesia dan beliau meminta saya ke portugal bersama ayah, banyak juga permintaan Ronaldo dan Portugal pada ketika itu, antaranya supaya saya Martunis tidak kembali ke Indonesia. Namun ayah kandung saya tidak mengizinkan dikala saya pada waktu itu berumur 7 tahun.

The Malaya Post: Adakah Ronaldo menghormati pegangan agama Martunis iaitu sebagai seorang Islam?

Martunis : Ya, beliau sangat menghormati agama saya dan tidak pernah sesekali meminta saya menukar agama malah bertanya saya mengenai Islam. Beliau juga menghormati umat Islam seluruh dunia.

The Malaya Post : Saya difahamkan Martunis juga ikut jejak langkah Ronaldo, kongsikan selanjutnya bersama kami dan pada mulanya anda beraksi untuk pasukan mana?

Martunis : Siap! Pada tahun 2014 Ronaldo kembali diundang oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk menjadi duta Mangrove di Bali. Ronaldo turut mengundang Martunis ke Bali pada saat itu untuk bertemu dengan beliau di sana. Ketika itu Ronaldo mengajak Martunis untuk berlatih bersama Akademi Bola Sepak Sporting Lisbon.

Martunis : Saya berlatih selama satu tahun, namun setelah itu Martunis kembali ke Indonesia dengan alasan beberapa hal.

The Malaya Post : Pastinya kemahiran (skill) dan ilmu bola diperturunkan kepada anda?

Martunis : Semua skill yang Martunis pelajari adalah dari diri sendiri dibantu jurulatih Sporting Lisbon. Tidak dari Ronaldo secara peribadi.

The Malaya Post : Peminat mahu tahu bagaimana kamu berkomunikasi dengan Ronaldo sebagai keluarga.

Martunis : Sebetulnya saya Martunis tidak berkomunikasi langsung dengan Ronaldo, tetapi semuanya melalui orang perantaraan iaitu dengan pembantu Ronaldo yang berada di Portugal, kerana beliau sangat sibuk.

The Malaya Post : Anda bermain dengan kelab Sporting Lisbon kerana bakat atau kerana Ronaldo?

Martunis : Saya mengikuti Akademi Sporting Lisbon kerana bakat saya sendiri bukan kerana Ronaldo, namun peluang itu telah diberikan oleh Ronaldo untuk berlatih bersama. Pihak Portugal mempelawa saya untuk mengikuti sesi percubaan (trial) di Sporting Lisbon. Dari situ bermulanya kerier saya di sana.

Ketika sesi temubual ini berlangsung, pihak The Malaya Post mendapat kerjasama baik bukan sahaja daripada Martunis malah juga pembantu Martunis iaitu Mustafa.

Kata Martunis lagi, “Untuk penyetahuan anda semua, sehingga kini Ronaldo selalu memberi sokongan penuh untuk saya ketika di Portugal.

Sampai saat ini hubungan saya dan Ronaldo masih baik dan rapat”, katanya lagi sebelum mengakhiri temubual Eksklusif bersama The Malaya Post.

Kami dari Team The Malaya Post mengucapkan Selamat Maju Jaya, semoga terus cemerlang !

Leave a Reply