TEMCO dilaksana di Kuala Sanglang

0

Mengambil kira kes aktif di Kuala Sanglang, Perlis, kerajaan memutuskan menyekat pergerakan keluar masuk penduduk setempat atau penduduk dari luar kawasan terbabit.

Lebih kurang 872 penduduk yang terlibat hanya dibenarkan bergerak di dalam kawasan Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) sahaja.

Kerajaan juga telah mengarahkan semua pejabat kerajaan dan sekolah di kawasan berkenaan ditutup, umum Menteri Kanan Keselamatan hari ini.

“Premis perniagaan di bawah perkhidmatan essential hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

“Manakala aktiviti keagamaan di masjid-masjid dihadkan secara bersyarat dan semua Runah Ibadat Bukan Islam tidak dibenarkan beroperasi,” kata Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 09 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply