Telatah adik Kumika memujuk ayahnya menonton kartun cairkan hati netizen

0

Hati siapa yang tidak cair jika dipujuk oleh anak kecil seperti ini? Anak sekecil ini sudah pandai menjaga adab dan meminta kebenaran sebelum melakukan sesuatu.

Video telatah adik Kumika Kufaizul yang sedang membodek ayahnya ingin menonton kartun telah mencuri perhatian warga maya.

Dialognya “Ayah nak tengok tv sekejap je, 4 minit, bukan 6 minit je, boleh laa ayah” mencuit hati netizen.

“Lepas habis kartun mika, mika bagi ayah tengok bola”

Warganet turut memuji si kecil ini bijak dan comel apabila mengumpan ayahnya menonton perlawanan bola sepak sekiranya dia diberi kebenaran untuk menonton kartun kegemarannya.

Rata-rata netizen kagum dengan cara didikan yang diterapkan oleh ibu dan ayah si kecil ini kerana berjaya mendidik seorang anak kecil beradab sopan dan menghormati orang tua.

Sebelum ini, gelagat adik Kumika pernah menjadi bualan ramai apabila selebriti terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi berkongsikan satu ‘teaser’ rancangan kanak-kanak ‘Tom-Tom Bak’ di Instagram miliknya.

Melihat kepetahannya menyampaikan rangkap pantun dengan baik membuatkan warga maya terpesona dengan kebolehan anak kecil berusia empat tahun ini.

Video kecekapannya berpantun mula tular selepas kemunculan adik Kumika dalam siri rancangan kanak-kanak berkenaan.

Leave a Reply