Teksi motosikal Dego Ride mula beroperasi hari ini

0

Teksi motosikal Dego Ride memulakan operasinya secara sah hari ini selepas diharamkan pada Januari 2017.

Pelancaran operasi Dego Ride disempurkan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sasaran 5000 orang anak muda akan memberikan perhidmatan tersebut.

Dego Ride telah diasaskan oleh seorang anak muda bernama Nabil Feisal Bamadhaj sejak November 2016 sebelum diharamkan oleh kerajaan pada masa itu.

Dego Ride yang beroperasi menggunakan aplikasi maya ketika diperkenalkan amat popular dalam kalangan warga kota sebagai alternatif murah serta pantas untuk mengatasi masalah kesesakan di ibu negara.

Perkhidmatan itu yang menyamai “Gojek” di Indonesia dan “motorsai rap chang” di Thailand menawarkan tambang serendah RM2.50 untuk perjalanan sejauh tiga kilometer dan tambahan RM0.60 bagi setiap satu kilometer berikutnya.

Perkhidmatan motosikal teksi itu telah diharamkan oleh kerajaan pada masa itu kerana bimbangkan keselamatan penumpang.

Bagaimanapun kualiti perkhidmatan Dego Ride telah dipertingkatkan dengan menetapkan penunggang hanya boleh membawa pembonceng yang sama jantina sahaja.

Penunggang Dego Ride juga hanya dibenar beroperasi dalam radius tiga kilometer saja, pergerakan mereka juga dipantau dengan bantuan Sistem Pengesanan Global (GPS).

Leave a Reply