Teknik tiup “make-up remover” pada kapas mendapat perhatian netizen

0

Perkongsian seorang gadis di laman Twitter mengundang rasa teruja dan juga memberi satu ilmu baru buat para pengguna Twitter.

“Aku faham adik aku sorang kat rumah, kot ye bosan pun janganlah buat benda pelik ni kat bilik sorang sorang 😂” tulis pemilik akaun Iemanhusna.

Perkongsian video berdurasi 1.44 saat itu memaparkan adiknya yang disapa Puteri, menunjukkan cara penggunaan make-up remover yang diguna dengan kapas yang pastinya tidak terfikir oleh orang dewasa.

Puteri menunjukkan cara penggunaan dan para pengguna Twitter tidak menyangka tips yang dikongsikan oleh kanak-kanak itu berhasil!

Puteri pada awal videonya memberitahu bahawa kapas berkenaan perlu dibasahkan dengan make-up remover terlebih dahulu dan kemudian perlu meniup kapas itu.

Pasti anda merasakan ianya tidak masuk akal bukan? Namun ianya berhasil kerana setelah ditiup, akan keluar buih-buih sabun melalui kapas yang telah dibasahkan.

Kakaknya, Ieman turut memuat naik screenshot mesej dari group keluarganya yang memaparkan dia bertanya adiknya dari mana mendapat idea begitu, namun ibunya menjawab Puteri memberitahunya bahawa dia hanya mencuba sahaja dan tidak menyangka ia berhasil.

Di ruangan komen pula rata-rata warga Twitter memuat naik video pendek yang telah mencuba tips yang diberikan oleh Puteri.

— THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply