Tekad dan terus berusaha mencari, si bapa mohon bantuan warganet menghebahkan berita kehilangan anak bongsunya ini

0

Sudah masuk hari ke 245 si bapa mencari anaknya yang hilang. Saudara yang dikenali sebagai Mohd Fauzi meluahkan rasa sayu di laman facebooknya atas kehilangan anak tersayang, Zahir.

“Hari ke 245 bersamaan 8 bulan 3hari. Kehilangan anak saya masih belum di jumpai hingga kini.”

Pelbagai cara dan ikhtiar sudah dilakukan bagi mencari anaknya ini namun sehingga kini masih belum menjumpai sebarang petanda positif.

Lebih menyedihkan, beliau setiap hari mengenakan t-shirt di mana di bahagian belakang bajunya dicetak gambar zahid dan informasi pencarian.

Begitulah usaha si bapa yang terlalu kasihkan anaknya.

“Cubaan demi cubaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam fitnah dilontarkan.”

Walaupun tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan anak bongsu mereka namun saudara Fauzi dan keluarga masih tidak berputus asa untuk terus mencari.

“Kami redha ketentuan illahi. Didlm hati tidak pernah berputus asa mencari Zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan² berdoa bersama supaya pencarian anak kami Zahir di temui.”

Adik Zahir atau nama penuh Muhammad Zahiruddin Putra, 8 tahun dilaporkan hilang pada hari Isnin, 15 April 2019.

Kami difahamkan pada hari kejadian adik Zahir keluar bermain pada jam 8 pagi bersama rakan-rakan di kawasan rumahnya Bandar Seri Putra sebelum dilaporkan hilang.

“Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir. Ya Allah, kau lah maha mengetahui segalanya, aku berserah kepada mu Ya Allah. Temukanlah anak ku Zahir.”

Di saat ini kepada Yang Esa sahaja lah tempat kita bermohon.

Marilah kita bersama-sama menitipkan doa supaya misi pencarian si kecil ini dipermudahkan dan adik Zahir ditemui selamat.

Leave a Reply