Teguran prihatin Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram dipadam oleh Hairul Azreen

0

Perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon aksi @hairulazreen yang sedang mengimbangi anak perempuan, Alisa Aisyah yang baru berusia empat bulan berdiri di atas tapak tangannya telah ditegur oleh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Pakar Bedah Ortopedik itu berkata tindakan Hairul melakukan aksi terbabit boleh menyebabkan lutut bayi menjadi bengkok kerana otot dan tulangnya belum cukup kuat.

Namun nasihat yang diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar seakan tidak diendahkan oleh pelakon filem Paskal itu malahan Hairul bertindak memadam komen berkenaan di laman Instagram miliknya.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar lagi, dia hanya bimbang dan memberikan teguran atas keprihatinannya bahawa tindakan yang dilakukan oleh Hairul merbahaya kerana tulang bayi belum cukup kuat untuk menampung fizikalnya.

Perkara itu menjadi perbualan warga Twitter dan mempersoalkan tindakan Hairul memadam komen berkenaan seakan tidak mahu menerima teguran.

Selepas itu, menerusi  perkongsian Dr Amalina Bakri di laman Twitternya turut menasihati perkara yang sama, supaya orang ramai tidak meniru aksi berkenaan.

Menurutnya, aksi sedemikian boleh mengundang padah terhadap bayi.

Risikonya boleh menyebabkan bayi terjatuh dan mengalami kecederaan kepala serta patah tulang.

Leave a Reply