Tatacara pembersihan dan disinfeksi di tempat awam

0

Sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal memasuki fasa ketiga bermula 15 April sehingga 28 April.

Pihak kerajaan juga telah melakukan beberapa proses disinfeksi di beberapa tempat dan kawasan-kawasan tertentu.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Portal Myhealth yang berkongsi tatacara pembersihan dan disinfeksi di tempat awam yang orang ramai boleh ketahui.

Terlebih dahulu, disinfeksi bermaksud tindakan pembasmian kuman pada permukaan yang tercemar atau yang berpotensi untuk tercemar.

Tempat yang paling mudah terdedah dan tercemar dengan kuman adalah seperti berikut :

– Tempat ibadat
– Pusat Komuniti
– Pasar Awam
– Stesen dan hub pengangkutan awam
– Taman Rekreasi
– Taman Permainan
– Tempat kegunaan awam lain termasuklah semua laluan orang awam contohnya perhentian bas ke laluan pejalan kaki.

Sebelum memulakan proses disinfeksi, pihak bertugas hendaklah memiliki set PPE yang lengkap, antaranya:

– Sarung tangan getah
– Penutup mulut dan hidung
* 3 ply mask untuk kegunaan dalam bangunan
* Chemical respirator untuk pembancuhan dan semburan
– Apron plastik
– But getah
– Google atau face shield
– Long sleeve gown

Namun tidak semua anggota dibenarkan untuk melakukan proses disinfeksi.

Antara anggota yang dibenarkan melakukan proses disifeksi adalah :

1- Individu dari Kumpulan Under Investigation (PUI)

2- Mempunyai sejarah kontak rapat dengan pesakit yang disahkan COVID-19

3- Mengalami gejala COVID-19

Langkah-langkah disinfeksi :

1- Sebelum proses disinfeksi
– Basuh tangan dengan air dan sabun dijalankan
– Pakai pakaian PPE yang sesuai

2- Bersihkan permukaan yang hendak di disinfeksi

3- Lakukan disinfeksi mengikut kesesuaian tempat

4- Setelah selesai proses disinfeksi, bersihkan diri dan tukar pakaian.

Tatacara Pembersihan dan Disinfeksi di Tempat Awam.#COVID19#sihatmilikku#walkthetalk

Dikirim oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth pada Rabu, 08 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply