Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris

0

Pelakon Tasha Shilla memilih Pakar Kewangan sebagai pasangan hidup dan selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz.

Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak, 33 disatukan dengan pilihan hati Muhammad Atiq Idris, 33 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Razak Razali dan disaksikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ehsan Mohd Hosni.

Tasha yang tampil manis berbusana berona putih hasil tangan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat menerima mas kahwin bernilai RM800 dan sebentuk cincin,  memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Majlis pernikahan tersebut diadakan dalam satu majlis tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua pihak, rakan rapat dan beberapa rakan media.

Manakala majlis resepsi telah diadakan pada petang semalam, Jumaat 28 Februari dan majlis bertandang pula bakal diadakan seminggu kemudian.

Terdahulu pada 23 Februari lalu, Tasha telah memuat naik entri di laman Instagramnya mengenai majlis pertunangannya dan beberapa hari kemudian Tasha membuat perkongsian persiapan majlis untuk hari bahagianya.

Semoga Tasha dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tahniah Tasha!

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply