Tarikh serah kuasa boleh ‘dipaksa’ jika tiada kepastian, Anwar Ibrahim punya sokongan besar – Rafizi Ramli

0

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan, tanpa tarikh peralihan kuasa, rakyat semakin hilang sabar dan PH mungkin terpaksa memilih langkah untuk memaksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berundur.

Rafizi yang terkenal sebagai ‘raja formula’ turut berkata tanpa tarikh persaraan yang jelas cara ‘paksa’ untuk membuat peralihan kuasa boleh dilakukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad jika beliau enggan memberikan komitmen terhadap perjanjian berkenaan pada awal tahun depan.

Menurutnya, PH mungkin terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rakyat mula hilang sabar berhubung penyerahan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Dato’ Seri Ibrahim.

Mengenai peluang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perfana Menteri adalah tidak menentu, Rafizi menegaskan, Ahli Parlimen Port Dickson memiliki sokongan besar dalam kalangan ahli parlimen PKR dan DAP.

Berdasarkan keadaan semasa PKR dan DAP menguasai 92 daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi parlimen.

Melalui jumlah itu mereka hanya memerlukan 20 kerusi saja lagi bagi mendapatkan majoriti mudah dalam Dewan Rakyat.

Untuk rekod bekas Ahli Parlimen Pandan itu merupakan seorang daripada tokoh yang bertanggungjawab merangka perjanjian di antara Mahathir dan Anwar menjelang pilihan raya umum pada 2018.

Dipercayai persepakatan itu dicapai dalam usaha pembangkang untuk menyingkirkan BN dari Putrajaya.

Rafizi yang dilihat menjadi antara penyokong Anwar dilaporkan adalah antara orang yang bertanggungjawab merangka perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani pada 7 Jan 2018.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena forum Iseas – Institut Yusof Ishak di Singapura.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply