Tarikh akhir permohonan baharu dan rayuan BPN 30 April

0

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat khusunya golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Namun terdapat juga segelintir warga Malaysia yang memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus permohonannya.

Justeru itu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pemohon berkenaan perlu membuat permohonan baharu dan rayuan semula BPN.

Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui portal rasmi BPN di https://bpn.mhasil.gov.my selewat-lewatnya akhir bulan ini iaitu 30 April 2020.

Setiap permohonan rayuan baru yang diterima akan diproses pada bulan Mei dan bagi permohonan yang lulus juga akan menerima bayaran secara one-off pada bulan yang sama.

Kenyataan Media LHDNMTARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU DAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL27 April 2020

Dikirim oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia pada Minggu, 26 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply