Tanda-tanda serangan ‘strok haba’ dan cara pencegahannya

0

Panas!

Malam pun panas!

Cuaca sehari dua ni lain macam panasnya. Mandi malam pun airnya suam panas. Tekak pula rasa kering dan haus. Anda hadapi apa yang kami rasai?

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi menyatakan, Malaysia sedang mengalami cuaca panas untuk beberapa hari ini. Suhu boleh mencecah 36 darjah Celsius di sesetengah negeri.

Masyarakat di Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘heat stroke’ atau ‘strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Strok haba terjadi apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius.

Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu sawan, koma dan boleh membawa kematian.

Oleh kerana itu, anda perlu mengambil langkah pencegahan yang mencukupi. Banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas.

Melalui perkongsian info kesihatan laman Facebook Public Health Malaysia, disenaraikan perbezaan keletihan haba dan strok haba.

Strok haba boleh berlaku jika anda mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Jika anda mengalami gejala keletihan haba, pastikan anda mencegahnya daripada menjadi strok haba dengan mengamalkan seperti yang tertera di dalam infografik ini.

Simpan infografik ini atau share di profile anda. Jika kawan anda pengsan di waktu kepanasan ini, senang nak rujuk jika diperlukan nanti. 

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply