Tan Sri Muhyiddin Yassin sangkal dakwaan pernah tawar jawatan TPM kepada Dato’Seri Shafie Apdal

0

Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan segala kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Seri Shafie Apdal dalam wawancara beliau bersama MalaysiaKini pada 14 Julai lalu.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau tidak pernah menawarkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah terbabit seperti yang didakwa.

“Saya menyifatkan kenyataan beliau yang menyatakan dalam wawancara berkenaan seperti, ‘beliau tidak menyebutnya tetapi saya tahu mengenai hal itu’ adalah sebagai tidak benar.

“Kenyataan itu adalah andaian beliau semata-mata.

“Saya sekali lagi menegaskan saya tidak pernah menawarkan jawatan terbabit kepada beliau pada bulan Mac lalu selepas saya menjadi Perdana Menteri,” jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media semalam.

Kenyataan Media YAB Perdana Menteri.

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Jumat, 17 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply