Tan Sri Muhyiddin Yassin pemangku jawatan Pengerusi BERSATU

0

Presiden BERSATU, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin mengesahkan memangku jawatan Pengerusi berikutan perletakkan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti berkenaan pada 24 Februari lalu.

Dalam satu kenyataan media, beliau menyatakan akan memangku jawatan terbabit sehingga pemilihan untuk memilih Pengerusi yang baharu diadakan kelak.

“Menurut Fasal 16.9 Perlembagaan BERSATU, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu,” ujar beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply