Tampil seksi di majlis anugerah, netizen lelaki dakwa pelakon Jasmine Suraya tidak memakai bra

0

Penampilan seksi pelakon Jasmine Suraya ketika menghadiri Majlis Anugerah Most Glam 2019 hangat diperkatakan di ruangan laman Instagramnya.

Perkongsian beberapa foto miliknya dengan memakai sepasang busana berwarna putih memperlihatkan sebahagian dada pelakon berbadan genit itu nyata mengundang komen tidak senonoh di entri berkenaan.

Rata-rata pengikut lelaki di Instagram pelakon filem Paskal itu mempersoalkan dirinya seakan tidak memakai pakaian dalam.

“Tak pakai coli ke…hmmm”

“Wow no bra…aummm”

“Bra mana bra??”

“T*t*k kecik”

Pelakon berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak didakwa terlalu seksi dan kerap kali berpakaian menjolok mata.

Majlis anjuran Majalah Glam Malaysia yang diadakan di Sapphire Ballroom, Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur turut dimeriahkan dengan kehadiran para selebriti dan artis terkenal tanah air.

Antara selebriti yang turut serta pada malam itu adalah Chrystal Tan, Datin Nina Ismail Bakri, Datuk Syafinaz, Elyna Effendi, Izara Aishah, Nora Danish, Raja Jesrina Arshad, Sarah Shahdan, Vanidah Imran, Yaya Zahir, YM Puteri Afzan Shakira, Zahirah Macwilson dan Ziana Zain.

Leave a Reply