Tampil sebagai pengacara jemputan Meletop, Instagram Erra Fazira diserang peminat Neelofa

0

Seperti semua sedia maklum, pengacara dan usahawan berjaya, Noor Neelofa sudah tidak lagi bersama Meletop.

Bagi menggantikan posisi Neelofa sebagai rakan gandingan bersama Nabil Ahmad, produksi Meletop telah menjemput Primadona Erra Fazira untuk menjadi pengacara jemputan berkenaan.

Namun menurut Erra Fazira di laman Instagramnya, para peminat fanatik Neelofa dan program itu mulai ‘menyerangnya’ kerana mahukan pengacara kesayangan ramai itu.

View this post on Instagram

Semalam . Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop !! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak krn mahukan artis favourite mereka yg beraksi.. sabaooooo adik adik.. ini JEMPUTAN sahaja.. minggu depan orang lain pulak k.. chill chill dong.. . Apapun, thank you @nabilzira yg mmg spontan dan selamba dek jer dia mengacara.. kurang sikit nervous bila bergandingan dgn org hebat!! Keep it up bro!! U mmg win!!! Thank you team meletop sudi undang saya.. set baru mmg mengancammm!! Tantekkkkk nampak wow!!😍😍🥰 Ada rezeki insyaAllah panggil lagi k! Nak pakai baju pelik pelik tapi benar lagiiii.. 🤪🤣🤣🤣 . . Makeup : @makeupbydeqsha Wardrobe : @ooicouture Stylist : @abushaefhamza #styledbybu

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Semalam ,Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop !! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak krn mahukan artis favourite mereka yg beraksi.. sabaooooo adik adik.. ini JEMPUTAN sahaja.. minggu depan orang lain pulak k.. chill chill dong.” tulis Erra bersama beberapa gambarnya.

Erra turut berterima kasih kepada rakan gandingannya, Nabil Ahmad kerana membantu mengurangkan rasa gemuruhnya untuk mengacara program informasi hiburan santai tu.

Dalam pada itu, warganet turut mengkritik penampilan Erra Fazira yang dikatakan ‘over size’.

 

‘Seriously baju tu ter over syariah compliance, lebih kpd mcm baju mak yg kena pi jam tpi size x sesuaiii😂’ tulis salah seorang pemilik Instagram.

-THE MALAYA POST

Laporan oleh Liana Mohd Wazir untuk The Malaya Post.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply