Tampil berhijab di Meletop, penampilan terbaru Amyra Rosli disenangi peminat

0

Penampilan manis pelakon Amyra Rosli berhijab ketika menghadiri satu program ‘live’ rancangan televisyen menjadi perhatian ramai.

Penampilan terbaru Amyra mengenakan hijab selepas pulang dari mengerjakan Umrah baru-baru ini sangat disenangi oleh para peminat dan warganet.

Dengan menggayakan dress labuh hitam serta tudung satin berwarna emas, netizen memuji penampilan terbaru Amyra.

“Alhamdulillah dah berhijab cantik ❤”

“Myra pakailah terus macam tu, lawa”

“Moga kak myra terus istiqomah dalam menutup aurat 💕”

“Cantik sangat @aamyrarosli pakai tudung..macam perempuan arab”

Menerusi Instagram miliknya, Amyra bersama suaminya Amar Baharin dan pelakon Emma Maembong hadir ke rancangan temubual Meletop untuk mempromosikan drama Cemburu Seorang Perempuan yang bakal ditayangkan di televisyen tidak lama lagi.

Leave a Reply