Talian Kasih bantu masyarakat hadapi tekanan sepanjang tempoh PKP

0

Bagaimana emosi anda ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Jika anda mempunyai masalah atau gejala seperti yang dinyatakan sila hubungi Talian Kasih 15999 atau whatsapp 0192615999 untuk mendapatkan bantuan.

1) Rasa putus asa atau harapan

2) Mengalami perubahan mood secara mendadak

3) Sering bertingkah laku agresif

4) Tidak dapat berfikir dengan normal

5) Gelisah, tidak dapat tidur dan kurang selesa makan

Talian Kasih merupakan talian khas kaunseling yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memberi sokongan psikologi kepada semua masyarakat yang terkesan akibat PKP.

Bagi mereka yang berhadapan dengan tekanan akibat situasi COVID-19, disarankan menghubungi Talian Kasih dengan kadar segera agar kementerian dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Perkhidmatan tele-kaunseling yang beroperasi selama 24 jam setiap hari ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia sentiasa berada ditahap yang stabil.

COVID19 : BAGAIMANAKAH EMOSI ANDA KETIKA PKP?Sekiranya anda mengalami masalah atau gangguan emosi ketika PkP ini,…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 24 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply