Bekas anggota kumpulan 4U2C, One II meninggal dunia, semoga rohnya dicucuri rahmat

0

Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal telah berkongsi berita sedih tentang pemergian salah seorang ahli kumpulan 4U2C, Nirwan Irwan.

Nirwan Irwan atau dikenali One ll dilaporkan mengidap penyakit paru-paru dan telah ditempatkan di Pusat Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi, kira-kira jam 2.00 petang (22 Oktober 2019).

View this post on Instagram

Salam semua , baru dapat berita bahawa sahabat saya , ahli kump saya 4U2C baru jer meninggal dunia, sedih teramat aku bro , dgn pemergian kau, teringat aku zaman kita dulu 4u2C….allah lebih menyayangi kau semuga kau di tempatkan bersama2 org yg beriman, saya mohon pada semua sama2 la kita Sedekahkan Alfatihah buat Arwah , tenangla kau disana One2 ( NIRWAN IRWAN) .. love u buddiess 😭😭😭 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

A post shared by ✌️OfficiallyDAC DER™️ (@emyliadac) on

Semalam (Isnin) Dato’ Ac Mizal telah berkongsi di laman Instagramnya mengenai berita salah seorang bekas anggota Kumpulan 4U2C yang berada dalam keadaan kritikal kerana penyakit paru-paru.

Dalam masa yang sama, Dato’ Ac Mizal meminta orang ramai serta rakan-rakan selebriti mendoakan kesihatan bekas ahli kumpulannya itu kembali sembuh. Namun hanya selang sehari, One II telah kembali ke Rahmatullah.

Allahyarham One II telah menyertai kumpulan rap popular selepas berlakunya perpecahan anggota asal 4U2C.

Arwah sempat merakamkan album berjudul Kembalilah Fiona, sequel kepada lagu Fiona yang cukup popular pada awal tahun 90-an.

Kami di The Malaya Post mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al Fatihah..

Leave a Reply