Taktik licik scammer!

0

Elak kan diri anda dari menjadi mangsa penipuan dalam pekerjaan!

Kini berleluasa sindiket pengubahan wang haram untuk mengeksploitasi individu yang sedang mencari pekerjaan bagi mendapatkan keuntungan mudah.

Penipuan tersebut dilakukan melalui iklan di akhbar dengan menyatakan gaji lumayan dan faedah ditawarkan.

Taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa supaya berkerja dengan syarikat terbabit tanpa melalui proses pengambilan yang rumit.

1) Mangsa teruja dengan iklan kerja tanpa menyedari akan melangkah ke dalam jerat dan menghubungi nombor iklan jawatan kosong yang tertera.

2) Sindiket akan memaklumkan kepada mangsa adalah calon sesuai dan diminta hadir ke sesi temuduga di tempat yang ditetapkan.

3) Sebaik selesai temuduga mangsa diminta menunggu panggilan sama ada layak ataupun tidak.

4) Mangsa diterima bekerja dengan syarat membuka akaun bank dan kad ATM perlu diserahkan kepada sindiket.

5) Mangsa perlu mengeluarkan wang didepositkan oleh ‘pelanggan’ bagi mendapatkan komisen tinggi tanpa mengetahui ianya salah di sisi undang-undang.

6) Jika gagal mengeluarkan wang mangsa akan diugut oleh sindiket.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan janji manis mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa.

Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat sebelum menerima kerja yang ditawarkan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply