Takiyuddin jalani angiogram kali pertama

0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan menjalani prosedur angiogram kali pertama di iHEAL Medical Centre Kuala Lumpur setelah mengadu sakit dada.

Menurut laporan Utusan Malaysia, prosedur angiogram berkenaan adalah bagi membuka saluran injap ke jantung yang disahkan tersumbat.

“Datuk Seri Takiyuddin jalani angiogram kelmarin selama 3 jam sebab ada tiga tempat yang tersumbat.

“Bagaimanapun, keadaannya stabil dan dipercayai akan dibenarkan keluar esok,” kata sumber.

Minggu lalu, Datuk Seri Takiyuddin diasak pembangkang berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat yang dijelaskan pada hari pertama Sidang Khas Dewan Rakyat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply