Tak serik,dua individu dicekup lagi edar dadah

0

Tak pernah serik jadi pengedar dadah, dua sahabat dicekup sekali lagi dalam serbuan di sebuah rumah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A, Gua Musang minggu lalu.

Dalam serbuan jam 11.45 malam tadi, dua sahabat masing-masing berusia 44 dan 33 bertindak agresif apabila melawan serta cuba melarikan diri ketika ditahan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis menjumpai sebanyak 858 biji pil kuda, 3.89 gram syabu dan 88 biji pil epam hasil selepas membuat pemeriksaan pada tubuh badan mereka.

Menurutnya, serbuan dijalankan selepas polis menerima maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah yang dijalankan oleh kedua-dua suspek.

“Siasatan mendapati, mereka mendapat bekalan dadah di Kota Bharu sebelum ia dijual di daerah ini selain untuk kegunaan sendiri.

“Suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau selain pernah ditahan polis kerana mengedar pil kuda di sekitar Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine

Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 22 September lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply