Tak perlu mahram tunai haji

0

Kementerian Haji Arab Saudi secara rasmi membenarkan wanita semua peringkat usia menunaikan ibadah itu tanpa membawa pasangan, dengan syarat mereka perlu datang secara berkumpulan.

Keputusan itu sebahagian daripada pembaharuan sosial yang dibuat Putera Mahkota Mohammed Salman.

Wanita di Arab Saudi juga sudah dibenarkan memandu dan melancong ke luar negara tanpa ditemani pasangan atau ahli keluarga.

Namun tahun ini, wanita berusia 35 tahun itu menunaikan Rukun Islam kelima tanpa diiringi mahram atau pasangan seperti undang-undang ditetapkan Arab Saudi, sebelum ini.

“Ini adalah impian yang kini menjadi kenyataan kerana berhasrat menunaikan haji sejak kecil lagi,” katanya yang berasal dari Jeddah.

Menunaikan haji adalah Rukun Islam kelima yang perlu ditunaikan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kepada mereka yang mampu.

Bagi seorang ibu, melakukan ibadah bersama suami dan anaknya akan menjadi gangguan yang akan menghalangnya daripada ‘menumpukan perhatian sepenuhnya pada ibadah’.

Shah seorang daripada 60,000 jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini.

Jumlah jemaah bagaimanapun berkurangan berbanding sebelum ini susulan pandemik Covid-19.

Tahun ini, hanya warga Arab Saudi dan mereka yang menetap di negara itu dipilih secara rawak untuk menunaikan haji, dengan 40 peratus daripada jemaah adalah wanita.

“Ramai wanita yang datang seperti saya. Kini saya berbangga kerana dapat menunaikan haji tanpa memerlukan mahram atau pasangan,” katanya.

Suaminya, Ali Murtada memberi sokongan penuh terhadap hasrat Shah untuk menunaikan haji bersendirian.

Kerajaan juga tidak membenarkan kanak-kanak untuk mengerjakan haji tahun ini.

Suami dan anak kepada Shah juga hanya menunggunya di Jeddah.

“Kami membuat keputusan hanya seorang yang akan mengerjakan haji tahun ini,” katanya.

Setakat ini masih belum jelas bila kerajaan Arab Saudi akan membatalkan arahan berkenaan.

Ini kerana ada agensi pelancongan yang masih enggan menerima wanita yang mahu mengerjakan haji bersendirian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply