Tak sedap mata memandang – Dato’ T Murugiah.

1

KUALA LUMPUR 30 Ogos 2019 : Naib Presiden MIC berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail harus letak jawatan dan bagi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau mahukan suaminya menjadi pengganti Tun Dr. Mahathir Mohamed.

“Timbalan Perdana Menteri Datuk Wan Azizah harus letak jawatan bagi laluan kepada suaminya jika beliau betul-betul mahukan suaminya menjadi penganti mahathir” katanya.

Tegas beliau Tun Dr. Mahathir tidak boleh dipersalahkan kerana suami isteri tidak boleh duduk sekali dalam kabinet.

“Tun tidak boleh dipersalahkan kerana suami isteri tak boleh duduk sekali dalam kabinet. Jawatannya harus di beri untuk salah seorang sahaja samada isteri atau suami” katanya lagi kepada wartawan The Malaya Pos

Tambah Dato’ T Murugiah, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed pula seharusnya bersetuju untuk peralihan kuasa seperti dijanjikan sewaktu pilihanraya dahulu.

Pun begitu, beliau yakin dan percaya Tun Dr. Mahathir akan kotakan janji beliau untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan di buat Perdana Menteri di Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini yang mengatakan bahawa tiada kekosongan untuk Anwar dalam kabinet memandangkan tiada yang meletak jawatan.

Leave a Reply