Tahniah The Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang terus cemerlang genggam pingat emas kali kesepuluh Asia

0

Jaguh sukan berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat emas acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 yang berlangsung di Korea Selatan pada 17 hingga 21 Oktober.

Dalam aksi penentuan pingat emas yang berlangsung di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon hari ini, pelumba berusia 31 tahun itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1.

The Pocket Rocketman yang tewas pada pusingan pertama, kembali bangkit memenangi pusingan kedua untuk mengheret perlumbaan kepada pusingan penentuan.

Terdahulu Azizulhasni merekod masa 9.977 saat, iaitu keempat terpantas pada pusingan kelayakan.

“Syukur Alhamdulillah”

“My 10th Asian Titles”

“Terima Kasih Isteri dan anak-anak tersayang @tyailyana , Amna Maryam, Amna Khadeeja. Ibu bapa dan keluarga mertua juga seluruh ahli keluarga. Terima kasih juga kepada semua penyokong yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa juga kepada penaja-penaja rasmi saya iaitu #Cimb @cimbmalaysia #AirAsia @airasia #Daikin @daikinmalaysia, serta penaja-penaja lain yang sentiasa memberikan kepercayaan dan sokongan penuh kepada saya.”

“Kalau anda inginkan karangan tentang perlumbaan harini, taip NAK di ruangan komen. Terima Kasih.” tulis Azizul bersama sekeping gambar beliau sedang posing bersama basikal kesayangannya.

Digelar ‘The Pocket Rocket Man’, Azizul turut  berkongsi kejayaannya di laman Facebook serta Instagramnya dan menceritakan detik-detik menggenggam pingat emas.

Menurut Azizul, pada mulanya beliau terfikir mungkin tidak dapat ke Korea kerana 4 minggu  lalu dia mengalami kecederaan.

Namun atas sokongan dan dorongan individu terdekat, beliau telah membuktikan keajaiban seterusnya mengharumkan nama Malaysia dan juga nama negeri kelahirannya, Terengganu.

Di laman sosial milik Azizul, para peminatnya menzahirkan kegembiraan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.


Tahniah anak Dungun, Terengganu “The Pocket Rocket Man” kerana terus membanggakan kami !!

 

 

Leave a Reply