Tahniah! Eizlan Yusof timang cahayamata keempat

0

Isteri Pelakon Datuk Eizlan Yusof, Natasha selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Umra, Shah Alam malam tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Datuk Eizlan, 50, menerusi Instagramnya.

Datuk Eizlan memuat naik sebuah video pendek memperlihatkan gelagatnya mendukung bayi yang dilahirkan isterinya sambil tersenyum bahagia.

Pada ruangan kapsyen, pelakon itu memberitahu bahawa isteri dan bayi perempuan mereka yang digelar Baby ZR berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah Yayang dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan yang baik buat keluarga kami,” tulisnya.

Datuk Eizlan juga mendedahkan, baju yang dipakainya dalam video berkenaan akan menjadi kenangan paling berharga buat dirinya kerana dia menyambut kelahiran ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan terdahulu dengan pakaian yang sama.

“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersama dengannya,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang berkongsi kegembiraan atas kelahiran orang baharu dalam hidup Eizlan dan isteri.

Datuk Eizlan dan Natasha mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.

Tahniah Datuk Eizlan dan Datin Natasha. Pastinya tanggal 1 Ramadan tahun ini cukup bermakna buat pasangan ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com

Leave a Reply