Tahi telinga BUKAN najis

0

Tahi telinga adalah sejenis bahan berlilin yang dihasilkan oleh kulit dibahagian lubang telinga.

Ianya berlilin dan fungsi utama untuk menghalang bendasing termasuk air serta serangga masuk ke dalam telinga.

Ya, tahi telinga adalah pelindung bahagian dalam telinga anda iaitu gegendang telinga, tulang-tulang halus serta urat saraf yang sensitif.

Ia dikeluarkan dari rongga telinga ke luar telinga apabila ada mengunyah atau menggerakkan rahang.

Oleh kerana itu anda hanya perlu mencuci bahagian luar telinga dengan kain lembab yang lembut.

Putik kapas atau ‘cotton bud’ hanya menyebabkan ear wax tertolak ke dalam dan semakin mampat.

Harus dihindari rawatan lilin!

Rawatan berkenaan merupakan idea yang merbahaya untuk membersihkan telinga dan pernah ada kes telinga terbakar serta tercedera akibat rawatan ‘ear candling’😳

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply